December 17, 2010

Haram Menaiki kereta berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim.


Apakah hukumpya menaiki kereta berdua-duaan
dengan lelaki? adakah dosah nya sama seperti berkhalwat?

Gambar hiasan

Hukum berdua-duaan wanita dengan lelaki bukan muhrim di dalam kereta adalah haram dan dilarang jika tidak ditemani dengan mahramnya dari pihak wanita.
ia akanmengundang pelbagai implikasi seperti fitnah dan terjerumus dan terdorong untuk melakukan mukadimah zina dan seterusnya.

larangan ini bersandarkan hadis Rasulullah SAW:" barang siapa berimana kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan orang perempuan yang tidak bersama muhrimnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan" (Riwayat Ahmad)

Dalam keadaan terdesak sekalipun, ikhtiarlah apa jua cara untuk mengelakkan kita berdua-duaan di dalam kereta walaupun untuk ke tempat kerja. Walaupun berniat baik, tetapi kita perlu sedar bahawa niat yang baik dan cara membantu harus sepadan.

tidak mungkin niat yang baik dilaksanakn dengan cara yang tidak dibenarkan dalam Islam. Islam amant menjaga umatnyua dari terjerumes ke lembah zina. dalam hadis Rasulullah SAW:"

  • Dua mata yang berzina ( saling bertentangan mata)
  • Telinga berzina ( saling dengar pujuk rayu)
  • Lidah berzina (cakap-cakap)
  • Zina tangan (berpegangan)
  • Zina hati (keinginan dan khayal seks)
  • Zina kaki (melangkah pergi jumpa dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.

Itu jelas menunjukkan bahawa perkara-perkara yang terdedah kepada mukadimah zina (perbuatan yang boleh membawa kepada perbuatan zina) adalah di larang Islam. Ini adalah untuk memelihara keturunann dan nasab daripada di cemari oleh kehinaan akibat perbuatan zina.

(soal jawab bersama JAKIM, Kosmo , 17 dec 2010)